Google Tag Manager

Kenapa Anda perlu pilih Kami? [Khidmat Samak Sertu]

KENAPA MEMILIH KHIDMAT SAMAK SERTU KAMI?

Apa itu Samak / Sertu - Perkhidmatan Membersih Islam & Halal ?

Perbuatan Samak atau Sertu adalah proses membersih dan mensucikan kulit binatang atau tempat yang terkena Najis berat yang berkenaan. Ia dilakukan sebanyak tujuh (7) kali basuhan iaitu satu (1) basuhan air tanah dan enam (6) basuhan air mutlak sehingga dipastikan kesuciannya.


= = = = =


Siapa Kami, Metronas Global Resources ?

Metronas Global Resources (MGR) telah ditubuhkan pada tanggal 13 Oktober, 2014 sebagai syarikat pemasar dan pelaksana kepada aktiviti Khidmat Samak Sertu ini. Bermula secara berkumpulan pada tahun 2011 dibawah payung Asec Engineering & Marketing Sdn Bhd dan kemudian berpecah dalam tahun 2014 lalu tertubuhnya syarikat Metronas Global Resources bagi meneruskan perjuangan dalam industri Halal di Malaysia. 

Berpengalaman lebih dari 10 tahun bekerjasama dengan beberapa syarikat prinsipal seperti Miff Marketing Sdn Bhd, AH Star Global Resources, ADL International PLT, Ansaa Marketing dan syarikat lain yang berkaitan. Kini masih giat aktif memasarkan dan melaksana Khidmat Samak Sertu di sekitar atau luar Lembah Klang.

= = = = =


Siapa rakan niaga Kami, ADL International PLT ?

ADL International PLT adalah antara syarikat bumiputera yang berpengalaman menerajui bidang Halal di Malaysia melebihi 1 dekad. ADL International PLT juga telah berpengalaman menjalankan khidmat Sertu sehingga ke luar negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Vietnam, Jepun dan negara lain.

ADL International PLT juga telah mendapat pengiktirafan Halal-Jakim dan boleh mengeluarkan Sijil Sertu dengan pengesahan dari pihak Jabatan Agama Negeri dan Jakim.

= = = = =

Pasukan Jurusertu yang Profesional

Pasukan kami terdiri dari Jurusertu yang Profesional dan Bertauliah. Ini adalah tuntutan dari pihak Jakim sendiri bagi memantapkan industri Halal di Malaysia.


= = = = =

Pensijilan & Hak Keizinan Metronas Global Resources

Pihak Metronas Global Resources telah dilantik menjadi Rakan Niaga oleh ADL International PLT dan diberi keizinan bagi menggunakan material dan bahan khusus untuk tujuan pemasaran dan pelaksanaan khidmat sertu di lapangan.

= = = = =

Menjamin Keyakinan & Kesucian kepada Pelanggan/Pemilik

Setelah pihak Metronas Global Resources melaksanakan khidmat Sertu ke atas premis pelanggan/pemilik, kami akan mengeluarkan Laporan Sertu Bergambar. Ini bagi memudahkan pelanggan/pemilik mendapat keyakinan tentang kesucian permukaan yang disucikan bagi menghilangkan syak wasangka dalam menjalani ibadah seharian.


= = = = =
 
Produk Clay Kaolin - Pembuktian Saintifik & Halal Jakim

Produk Debu Tanah Kaolin kami telah melalui ujian makmal dan mendapat pengiktirafan dari Jakim dan menembusi pasaran antarabangsa. Ini amat penting bagi memantapkan dan meningkatkan taraf perlaksanaan industri Halal Malaysia tembus ke luar negara.
 

= = = = =

Industri Berkaitan yang Memerlukan Perkhidmatan Membersih Halal;

(1) Perkhidmatan Membersih Halal - Perumahan & Hartanah Lain

(2) Perkhidmatan Membersih Halal - Restoran & Dapur Setempat

(3) Perkhidmatan Membersih Halal - Kontena & Stor Simpanan

(4) Perkhidmatan Membersih Halal - Kapal Pengangkut & Komersil (Dapur & Tempat Simpanan)

(5) Perkhidmatan Latihan Halal - Peringkat Komersil & Syarikat

=============================

#samaksertuklangvalley
#halalcleaningklangvalley
#certifiedhalalcleaning
#halalcleaningservices
#islamiccleaningservices
#samaksertuservices
#commercialsertuservices
#sertunajisberat
#generalcleaningservices

Untuk sebarang pertanyaan,

No comments:

Post a Comment