Google Tag Manager

Wednesday, September 4, 2024

Dilema Pemilik Rumah Tahun 2024! Mungkin anda kot?!


Iklan "Rumah Murah Bank Lelong"

Kisah klien Sertu yang menghadapi dilema sebab nak duduk rumah baru tapi was-was dengan pemilik lama non-muslim yang tak bagi info mengenai kehadiran "NAJIS BERAT" di dalam dan sekitar kawasan rumah beliau.. 

==========================================================

Situasi ekonomi untuk rakyat marhaen macam aku ni tak berapa cantik tahun 2024. Memang ada banyak rumah murah dijual dan dilelong tapi aku memang tak mampu beli. Mampu tengok je la.

Lain kisahnya dengan kawan aku ni yang lancar rezekinya walau dalam tahun2 yang suram sekarang ni, rezeki beliau masih ada pendapatan tetap walaupun dah mencecah "Four Siries", empat puluhan ke atas. Tapi itulah rezeki kita masing2 yang tuhan dah tentukan.


Kita panggil dia "A" je la.. Nak dijadikan cerita, si "A" ni baru beli rumah baru di Klang yang populasi taman perumahannya rata2 memang ramai non-muslim duduk menetap melebihi 20 tahun. Kawasan perumahan dah matang. Si "A" ni baru beli rumah subsale di situ sebab dekat dengan tempat kerja isterinya. Mudah la isterinya nak pergi dan balik kerja, hantar anak sekolah dan ke rumah pengasuh.

Beliau minta nasihat saya sebagai Pengamal Sertu Profesional selama lebih 10 tahun ni, saya berilah info yang biasa saya bagi pada klien atau bakal klien saya yang sebelum ini.

(1) Yang Pertama

Sertu ni boleh buat sendiri sebenarnya. Cuma kena usaha cari sebatian tanah yang cukup dan masa yang banyak nak buat sebab kena buat tujuh (7) kali basuhan dan bukan boleh habis dalam masa sehari je. Biasanya (kerja secara manual) sehari boleh cuci dua (2) kali je maksimum, lepas tu kena rehat. Esok datang lagi buat kerja, lusa dan tulat sampai selesai tujuh (7) kali basuhan. Baru la yakin nak duduk bermustautin. Ini bukan cucian rumah biasa2 yang kita boleh upah bangla je buat kerja.

(2) Kedua

Kalau tak mampu buat sendiri, kita boleh serah pada pihak ketiga atau kawan2 yang buat perkhidmatan sertu profesional ni dan tentulah ianya ada kos yang kena bayar, sebab takde orang buat kerja "free" sekarang. Betul tak geng?

(3) Ketiga

Cara Pilih Perkhidmatan Sertu Profesional pun ada faktor yang perlu ditimbangkan. Faktor upah kerja, faktor peralatan yang digunakan, faktor masa dan cuaca atau faktor pihak berkuasa tempatan terlibat. Bukan semudah "upah murah, kerja selesai" sudah. Naya la kat tuan rumah, bila mana kerja yang dibuat tidak ikut spesifikasi standard yang diiktiraf oleh Kumpulan Pengamal Sertu Profesional dan JAKIM sendiri.


Rujukan Upah yang diiktiraf oleh Pengamal Sertu Profesional ialah RM1.00 setiap kaki persegi premis yang nak disertu. Jika keluasan premis melebihi 1,000 kaki persegi maka tuan rumah boleh berbincang tentang harga yang munasabah untuk pihak Pengamal Sertu Profesional ni buat kerja. Semuanya boleh dibincangkan, situasi menang-menang untuk kedua pihak. Pihak Pengamal Sertu Profesional dapat upah kerja yang munasabah dengan keadaan ekonomi terkini dan pihak tuan rumah dapat ketenangan dan kepastian menjalankan kehidupan berkeluarga, berkerjaya dan bermasyarakat dengan lebih berkat dan dirahmati Allah.

Jadual Upah Sertu Profesional (yang munasabah).

< 1,000 sqft = RM1,000.00 (Negotiable)

1,001 - 2,000 sqft = RM1,001.00 - RM2,000.00 (Negotiable)

> 2,000 sqft = RM2,000 and above (Negotiable)


(4) Peralatan Profesional

Ini pula adalah peralatan Sertu yang biasa digunakan oleh Pengamal Sertu Profesional.

(4.1) Alatan untuk Semburan Sebatian Tanah yang menggunakan kuasa elektrik (bateri 12V) ini mempunyai kekuatan semburan sebatian tanah yang sekata dan saksama. Tidak ada keraguan jika kuasa bateri penuh.

Sprayer 20Liter powered by 12V Battery


(4.2) Alatan untuk Semburan Air Mutlak (Air Paip) yang digunakan dapat memberi kekuatan cucian sepuluh (10) kali lebih berkesan dan bersih berbanding cara cucian manual.

Waterjet brand "Tsunami"


(4.3) "Disposable Coverall" untuk pakaian di premis. Ini adalah pilihan tambahan pengamal sertu profesional, namun ia menjadi kayu ukur jika anda nak kenal mereka ini adalah yang profesional atau bukan.

Contoh Pakaian Sertu - "Disposable Coverall"


Dengan bantuan dari alatan2 ini dapat memendekkan waktu urusan sertu kepada 1 hari sahaja. Selepas selesai kerja sertu, bayaran upah kerja akan dibuat secara terus ke akaun syarikat atau individu yang berkenaan. 


Kemudian, satu Laporan Sertu akan menyusul pada esok hari untuk menyerahkan "rasa keyakinan dan kesucian" kepada tuan rumah untuk memastikan hilang rasa was-was untuk beribadah dan bermustautin di dalam rumah ini. Laporan ini juga adalah pilihan, tapi anda boleh jadikan ianya satu kayu ukur tambahan.


Nah, sekarang dah terjawab nasihat untuk kawan saya yang baru beli rumah subsale ni. 

Akhirnya, beliau putuskan untuk lantik Pengamal Sertu Profesional dan membayar kadar upah yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Beliau juga dapat transfer "rasa yakin dan suci" dari laporan yang diserahkan pada beliau sehari kemudian. Alhamdulillah.

=================================================================

Mungkin ini adalah situasi anda suatu waktu nanti?! Tiada siapa yang tahu.

Tapi kesian pada tuan rumah yang dah buat sertu melalui orang ketiga tetapi tidak dapat transfer "rasa yakin dan suci" dalam rumah tersebut. Boleh rosak keberkatan dan ibadah yang dijalankan dengan rasa was-was. AWAS YA!!

Simpan artikel ini untuk rujukan masa depan anda sekeluarga.

==========================================================

Please fill in the form at the end of this page should you have any inquiry.


#samaksertuklangvalley
#halalcleaningklangvalley
#certifiedhalalcleaning
#halalcleaningservices
#islamiccleaningservices
#samaksertuservices
#commercialsertuservices
#sertunajisberat
#generalcleaningservices